Pelumba pasukan Prima Pramac Ducati, Franco Morbidelli, di tahan wad selama sehari untuk pemerhatian susulan insiden kemalangan yang teruk di Litar Portimao. Kemalangan tersebut dikhabarkan berlaku di selekoh 9.
Morbidelli pada asalnya dilaporkan terbabas ketika menunggang Ducati V4S dan kemudian di bawa ke pusat perubatan di litar untuk penilaian – tetapi kemudian pasukan Pramac Racing mengesahkan bahawa pelumba Itali tersebut di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan akan kekal di hospital Faro semalaman untuk penilaian.
“Selepas kemalangan teruk Franco segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ujian awal telah memberikan petunjuk yang positif tentang keadaannya sekarang, dia akan bermalam di Hospital Faro atas faktor berjaga-jaga dan keselamatan kesihatan.”
Perkara sebegini sememangnya merisaukan, lebih-lebih lagi apabila sesi ujian rasmi Sepang akan bermula minggu hadapan.


