MotoGP 2025, Valentino Rossi ramal Pecco Bagnaia rangkul juara dunia

Lagenda MotoGP, Valentino Rossi menyatakan keyakinannya bahawa bekas Juara Dunia 2023, Francesco Bagnaia bakal bangkit untuk merampas semula trofi Juara Dunia MotoGP pada musim ini.

Beliau memberikan ramalan awalnya dengan mengungkapkan pelumba Itali itu tidak akan memberi laluan mudah sejurus bermulanya perlumbaan pada tahun ini.

“Di Ducati, mereka merupakan pasukan yang berlumba untuk mendapatkan gelaran. Bagi saya, saya memilih Pecco untuk memenangi trofi Juara Dunia musim ini selepas tewas pada musim lalu kepada Martin.

Saya yakin dia lebih bermotivasi untuk menebus kekalahannya dan menang pada tahun ini,” kata Rossi dalam temu bual bersama Sky Sport Italia.

Pecco Bagnaia yang tewas kepada Pelumba dari Sepanyol, Jorge Martin musim lalu jelas menerima reaksi pelbagai pihak yang tidak menjangkakan pelumba Ducati itu tewas dalam persaingan yang sengit apabila ketinggalan hanya 10 mata di belakang pelumba berusia 26 tahun itu.

Walaupun Bagnaia mencatat lebih sembilan kemenangan berbanding daripada Jorge Martin pada musim lalu, dia gagal merebut kejuaraan tersebut setelah melakukan beberapa kesilapan yang turut mempengaruhi kedudukannya secara keseluruhan. Sebaliknya, Martin memanfaatkan peluang yang ada dengan konsistensi untuk memenangi gelaran, walaupun Bagnaia telah berjaya menguasai empat daripada lima perlumbaan terakhir.

Namun, dengan Jorge Martin yang kini berpindah ke Aprilia Racing untuk musim 2025, Rossi percaya bahawa kedudukan Bagnaia bersama Ducati memberikannya peluang terbaik untuk kembali ke mendominasi perlumbaan.

Pindahnya Martin ke pasukan Aprilia, yang dijangka tidak setanding dengan Ducati dari segi prestasi jentera, dijangka menyukarkan usahanya mempertahankan kejuaraan itu.

Walaupun musim MotoGP 2025 masih belum bermula, pelbagai ramalan telah dibuat, dengan Marc Marquez turut disebut sebagai antara nama yang bakal mencuri perhatian dan menyajikan aksi mendebarkan sepanjang perlumbaan musim ini.

Saingan MotoGP 2025 bakal membuka tirainya di Litar Antarabangsa Chang, Buriram di Thailand bermula 28 Februari hingga 3 Mac ini yang turut memberikan debaran kepada peminat sukan permotoran dalam menyaksikan pelumba pertama yang bakal merangkul kemenangan dalam aksi pembukaan yang dijadualkan tidak lama lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related