RCB rai ulang tahun ke-30, lancar koleksi edisi terhad

Dahulu jenama Racing Boy cukup dekat dengan pengguna motosikal untuk mencari komponen jentera untuk nampak cantik dan lebih yakin untuk digunakan di atas jualan raya. Seingat penulis, sekitar tahun awal 2000 jenama Racing Boy cukup ikonik bagi anak mudah yang baru membeli motosikal baru. Cukup sekadar membeli sport rim, motosikal terus terasa laju dan bergaya. Itulah nostalgia anak mudah ketika awal tahun 2000.

RCB ditubuhkan pada tahun 1995 dan melalui proses penjenamaan semula sebagai RCB pada tahun 2015 iaitu 20 tahun kemudian selepas mendapat tempat dihati kebanyakkan pengguna motosikal di Malaysia terutamanya. Penjenamaan bukan sahaja menukar nama tetapi ia satu tanda kepada langkah untuk bergerak lebih maju ke peringkat global melalui inovasi baru.

Hari ini, RCB menawarkan pelbagai jenis alat ganti motosikal premium dan mempunyai kehadiran di lebih 30 negara. Jenama ini menyediakan sokongan teknikal kepada lebih 20 pasukan kejohanan GP dan mempunyai pengaruh kukuh dalam pasukan perlumbaan underbone dan skuter di seluruh rantau.

Dalam menyambut ulang tahun ke-30, RCB telah melancarkan Koleksi Edisi Terhad Ulang Tahun ke-30 dalam satu majlis khas yang berlangsung di Evolt Karting, Selangor bersama pemain industri dan pihak media. Antara komponen istimewa yang ditampil khas untuk model-model popular seperti NVX, NMAX, Vario 150, LC dan Y15, serta pilihan produk universal. RCB mengeluarkan warna khas yang ikonik sempana Ulang Tahun mereka iaitu hitam dan merah premium dengan komponen bersalut titanium serta logo Ulang Tahun ke-30 yang diukir menggunakan teknologi laser.

Semua kompenen khas ini dikemaskan dalam kotak edisi eksklusif dan disertakan barangan kewangan seperti kad logam bernombor siri dan rantai kunci rekaan khas, menjadikannya pilihan ideal buat peminat tegar dan para pengumpul. Antara tarikan utama koleksi khas ini termasuk komponen prestasi premium seperti Flow-Pro Series, S-3 Line, break kaliper S26 dan R1, serta pam brek utama S1-FL. RCB turut memperkenalkan Topi Keledar Edisi Khas Terhad RCB x ARC hasil rekaan eksklusif yang menggabungkan gaya dan ketelitian.

RCB turut melancarkan Kempen Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-30 dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM200,000. Antaranya termasuk Yamaha XMAX edisi Khas RCB, iphone 16 Pro Max, iPad Air M3, serta 297 hadiah cenderamata edisi Ulang Tahun seperti baju-T, tumbler dan jacket fleece.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, Bruce Lee ia bukan sambutan biasa tetapi penghargaan atas sokongan, semangat dan kepercayaan daripada para penunggang di seluruh Dunia.

“Sejak awal, misi RCB tetapi sama iaitu menghasilkan komponen atau barang alat ganti motosikal yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan keyakinan dan pengalaman tunggangan. Koleksi edisi Terhad ini adalah penghargaan khas kami kepada komuniti yang sentiasa menyokong kami Selamat 30 tahun.” Kata Bruce Lee

RCB terus mengorak langkah kehadapan dengan pembukaan Pusat Inovasi di Malaysia dan pejabat baharu di India pada tahun ini untuk terus berkembang ke peringkat Antarabangsa. Namun nilai utama yang ditekankan menurut Bruce adalah terus menghasilkan inovasi dan memahami keperluan penunggang serta mengikuti teknologi terkini dan kekal setiap kepada semangat sukan permotoran.

Sejak tahun 2004, RCB telah menyertai Cubprix Malaysia, perlumbaan litar paling terkemuka di Malaysia. Dengan penglibatan team dibangunkan untuk memberikan pengalaman menunggang yang lebih baik kepada para penunggang. Suspensi yang lebih baik untuk keadaan jalan yang mencabar, sistem brek yang lebih berkesan, rim yang lebih ringan dan kuat yang meningkatkan kawalan dan pecutan, serta tapak kaki dan bahagian kawalan yang meningkatkan ergonomik dan pengagihan berat penunggang untuk kawalan yang lebih seimbang.

Komitmen RCB terhadap sukan permotoran telah menjadi faktor penting dalam pertumbuhan dan kejayaannya. Jenama ini telah terlibat secara aktif dalam pelbagai acara perlumbaan berprestij termasuk MotoGP, MotoE, CEV (Kejohanan CEV Sepanyol), One Prix di Indonesia, Malaysian Cub Prix, ARRC (Asia Road Racing Championship), dan Ohvale MiniGP. Perkongsian ini bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan kejuruteraan RCB tetapi juga memberikan maklumat berharga yang mendorong pembangunan berterusan produknya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran penunggang aksi bebas dari Slovebia, Rok Bagoros dan pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayuddin yang menjadi sebahagian daripada majlis.

Kita perlu berbangga dengan kemajuan dan RCB selama 3 dekad sebagai langkah penting kepada industri sukan permotoran melalui inovasi dan komitmen yang ditunjukkan untuk melahirkan sebuah jenama global ternama.

Baca juga tentang perkembangan terkini Yamaha:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related