Pihak Ibu Bapa Atlet Mahu KLCA Diurus Lebih Cekap

Lantikan baru dalam Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) yang turut dikenali sebagai KLCA yang dibuat baru-baru ini menjadi panas apabila Presiden yang baru dilantik, Dato Ahmad Razlan Razali meletak jawatan serta merta setelah tidak sependapat dengan beberapa ahli persatuan mengenai urus tadbir.

Namun perletakkan jawatan ini akan dimuktamadkan setelah undian semua ahli jawatankuasa induk PBKL pada Ahad 24 Mac 2024.

Isunya bermula apabila pihak ibu bapa mahu berjumpa melalui surat yang dihantar dan sekalu presiden, Dato Razlan bersetuju mendengar pandangan dan keluhan pihak ibu bapa atlit yang bernaung dibawah PBKL. Namun selepas presiden meminta laporan prestasi atlit, mereka tidak dapat kemukakan dan dianggap memberi tekanan kepada pihak persatuan.

Sehingga 27 Mesyuarat Am Tahunan (AGM) Presiden keluar masuk yang pembangunan atlit kurang dari 5 pelumba yang menyerlah. Ini memberi gambaran KLCA tidak ditadbir dengan cekap dan beberapa ahli jawatan kuasa masih berada dikedudukan yang sama.

Dalam pertemuan dengan media, pihak ibu bapa menyatakan beberapa isu termasuk isu rasis, sistem latihan yang ketinggalan, kebajikan pelumba termasuk elaun yang tidak diterima setelah disalurkan daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) kepada KLCA.

“Kita sudah menjemput KLCA & MSWP untuk bersua muka untuk perbincangan hal ini dalam satu mesyuarat bersama ibu bapa dan pelumba sejak 26 Februari 2024 melalui email tetapi kami tidak mendapat maklum balas dari Ketua Jurulatih, Datuk Ng Joo Ngan dan En. Firdaus untuk bekerjasama menyelesaikan masalah ini namun tiada respon malah mereka memilih untuk tanpa menjawab kesemua persoalan dengan jelas.” kata Pn Nor Azila Ab Razak.

Isu rasis yang dinyatakan adalah apabila Datuk Ng Joo Ngan mempersoalkan agama Islam secara gurauan, melabelkan umat Islam sebagai sebagai rasis hanya kerana menunaikan solat, memperlekehkan waktu dan jumlah solat serta ibadah puasa yang diwajibkan kepada umat Islam terutama Islam merupakan agama rasmi persekutuan.


Antara lain adalah cara latihan yang tidak mengikut kemajuan teknologi semasa dan masih mengekalkan cara lama dua puluh tiga puluh tahun lalu contohnya ‘power rider training’ dan elemen sains sukan.

Ugutan tidak boleh berlumba turut dikenakan jika pelumba tidak beli jersi sehingga tiga kali setahun namun persatuan lain seperti Putrajaya dan Selangor tiada masalah untuk mengeluarkan dana yang disalurkan pada persatuan dan beri kepada pelumba secara percuma.

Pihak ibu bapa juga mempersoalkan KLCA bagaimana prestasi pelumba pelapis dinilai dan kedatangan pelumba yang masih bersekolah dinilai. Antara yang paling merisaukan adalah mengenai aspek keselamatan pelumba muda seperti Nur Dayana Qamelia Nazrul Nizam yang berumur 13 yang ditinggalkan ditepi jalan sekitar Langat, Bukit Kutu yang agak sunyi bagi seorang perempuan beberapa kali sekiranya ‘pace’ tidak sama dengan atlit elit.

Pihak ibu bapa juga telah melaporkan isu yang terkait kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) terutama melibatkan saluran peruntukan dari MSWP kepada KLCA. Namun apabila dipersoalkan alasan ‘kami susah’ kerap kali diberikan.

Pihak ibu bapa yang hadir mahu kan pembaharuan persatuan secara total termasuk cara latihan mengikut era moden, kebajikan pelumba dan pengurusan KLCA yang jauh lebih baik. Jasa bakti Datuk Ng Joo Ngan yang telah mengharumkan nama Malaysia tidak dilupakan namun KLCA perlu diberi nafas baru secara keseluruhan dan diberi perhatian pihak berwajib.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

  1. You made some decent points there. I looked on the net for more info about
    the issue and found most people will go along with your views on this site.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related