Langkawi – Sasaran ini dianggap realistik dengan kemampuan pelumba yang dibarisi oleh pelumba berpengalaman dan dibantu oleh pelumba yang mampu beri kejutan dalam edisi PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL).
Pasukan Malaysia dibarisi oleh Yusri Shaari (all rounder), Elmi Jumari (sprinter), Tsen Ren Bao (climber), Azim Aliyas, Afiq Huznie dan Muhsin Al Redha.
Sebelum ini menjelang pra-perlumbaan LTdL 2024, Pasukan Malaysia telah menjalani latihan berpusat di Nilai dan di utara selama hampir tiga minggu bagi mengenal pasti strategi dan laluan peringkat awal.
Pasukan Malaysia yang sentiasa ada cabaran hampir setiap kali edisi LTdL tetap meletak sasaran yang realistik setelah mengenal pasti kekuatan dan kemampuan pasukan. Bercakap kepada Tarmac Sports, Mohd Yusof Nasir, jurulatih Pasukan Malaysia berkongsi sasaran pasukan.
“Pasukan Malaysia pada edisi LTdL 2024 meletak sasaran Tiga Terbaik Pasukan Asia dan Tsen Ren Bao disasar mampu merebut beberapa jersi. Tsen Ren Bao merupakan pendaki yang mampu beri kejutan untuk rakyat Malaysia. Dengan beberapa perlumbaan yang diwakili oleh Tsen seperti Tour de Ijen 2024 dan Tour of Thailand 2024, kita dapat lihat kemampuan pelumba muda ini terutama waktu pendakian.” kongsi Yusof Nasir
Untuk rekod dalam Tour of Banyuwangi Ijen 2.2 beliau berada dalam kedudukan ke-11 keseluruhan dan kedua bagi kategori 23 tahun keseluruhan. Beliau turut beri sumbangan kepada pasukan untuk berada pada kedudukan ke-3 keseluruhan pasukan.
Dalam Tour of Thailand (UCI 2.1). Tsen berjaya meletakkan diri dalam 10 terbaik keseluruhan catatan masa, pertama bagi kategori Young Rider GC dan ke-4 Best Asian GC.
“Datang ke sini (LTdL) merupakan anjakkan yang besar bagi saya, sebelum ini 2.1, 2.2 dan kini 2.Pro yang banyak pelumba yang baik dalam perlumbaan ini dan saya berharap dapat kedudukan yang baik sasaran peribadi 20 terbaik terbaik di peringkat ke-3 dan kami akan sasar terbaik jersi Asia di Cameron dan kedudukan podium.” – Tsen Ren Bao
Tsen juga berkongsi, beliau dalam prestasi terbaik ketika ini dengan latihan di Australia 5 hingga 6 tahun dan latihan berpusat bersama coach Yusof sebelum hadir ke Langkawi. Beliau juga mahu fokus dari peringkat ke peringkat dan tidak mahu kehilangan banyak masa.
Untuk edisi kali ini pelumba di LTdL 2024 ini dengan menempuh jarak keseluruhan 1,190 kilometer bermula di Pulau Langkawi dan buat julung kalinya akan memasuki Miri dan Bintulu di Sarawak.