Malaysia Pro Cycling (MPC) diberi nafas baru apabila mendapat tajaan pelbagai syarikat termasuk Helaz, Damar Impex, MZSB, N8, Rudy Project, MVR Racing, KCNC, CurrexSole, Specialized, Shimano, Lazer, Pro, Wahoo yang akan menyokong pasukan selama 2 tahun.
MPC adalah evolusi Team Sapura Cycling (TSC) sebelum ini dibubarkan pada Julai disebabkan faktor penajaan dan terkesan dengan pandemik covid yang sebelum ini diasaskan pada 2017 yang menguasai jersi merah dan kuning pada 2020 dan 2019 dalam Le Tour de Langkawi (LTdL).
TCS antara pasukan terkuat di Asia apabila diklasifikasikan sebagai No. 1 kedudukan UCI Asia Tour pada 2020 yang ditaja penuh oleh syarikat gergasi minyak dan gas Sapura.
Dengan kebangkitan semula MPC pada tahun ini beri impak baru kepada pelumba negara untuk menakluk sukan berbasikal lebuhraya. MPC kini pasukan terbaru UCI continental yang telah lengkap didaftarkan dengan Malaysia National Cycling Federation (MCNF) dan Union Cycliste Internationale (UCI).

MPC yang diasaskan oleh bekas pelumba berbasikal negara, Mohd Sayuti Zahit akan bertanding secara rasmi pada 2024. Hannah Yeoh turut hadir bagi merasmikan majlis pelancaran pasukan yang mula bersedia menghadapi matlamat jangka pendek SEA Games 2025 dan matlamat jangka panjang SEA Games 2027, 2029, Asia Games dan LTdL menurut Sayuti.
Antara lain matlamat penubuhan adalah memberi peluang dan sokongan kepada pelumba Malaysia yang berpotensi tinggi. Program latihan akan memfokuskan elemen sains sukan bagi memastikan pelumba mencapai tahap prestasi optimum. MPC juga mahu membentuk pelumba yang boleh beraksi di Grand Tour seperti Tour de France.
Barisan pelumba antaranya adalah terdiri daripada:
- Muhammad Zawawi Azman
- Akmal Hakim Zakaria
- Saari Amri Abd Rasim
- Muhammad Faiz Fakhri Omar