Kerjasama PETRONAS Lubricants bersama pasukan Moto3 Hakim Danish bakal dimuktamadkan

Perubahan strategi organisasi dalam klausa pemasaran seharusnya dilihat dari sudut lebih positif terutama melibatkan organisasi gergasi seperti syarikat minyak terkemuka dunia. Melalui kemimpinan yang progresif mampu beri perubahan besar kepada kemajuan syarikat dan tidak harus dipandang sepi.

Tarmac Sports melalui sumber rapat difahamkan pada Rabu lepas terdapat perbincangan serius antara PETRONAS Sprinta dan ZK Racing khusus dalam penajaan Hakim Danish berikutan berita kekurangan dana untuk Hakim Danish beraksi dalam Moto3 sebelum ini.

Danish yang bakal beraksi bersama pasukan MT MSi Racing mempunyai masa depan yang cerah dengan prestasi beliau sebelum ini dalam beberapa kejohanan junior Road to MotoGP seperti Asia Talent Cup (Moto4 Asia Cup) dan MotoGP Red Bull Rookies Cup dimana pencapaian beliau cukup cemerlang bagi sejarah negara.

Perbincangan antara Encik Mohd Zameer Zahur Hussain CEO of PETRONAS Lubcricants Marketing Malaysian Sdn Bhd (PLMM) bersama Zulfahmi Khairuddin, Edzwan Esa dan Redzuan Mohamad dari ZK Racing berlangsung selama hampir 2 jam memfokuskan tentang kerjasama dua hala antara PETRONAS Sprinta serta ZK Racing yang melibatkan juga pasukan Hakim Danish iaitu MT MSi Racing.

Sekiranya berlaku, penajaan ini melibatkan seluruh pasukan termasuk rakan sepasukan, Ryusei Yamanaka kerana penaja melibatkan pelincir perlu menjadi penaja utama dalam pasukan. Kos yang dianggarkan sekitar 200,000 hingga 500,000 Euro atau sekitar RM928 ribu hingga RM2.3 juta mengikut kebiasaan harga semasa pasukan Moto3 seperti yang diketahui umum.

Kehadiran CEO PLMM dilihat serius. Namun sebarang perkara boleh terjadi selagi tiada kata putus dari pihak PETRONAS Sprinta kerana perlu mengusulkan cadangan ini kepada pihak mengurusan atasan. Zameer Zahur sebelum ini bijak meletakkan posisi syarikat dalam acara tempatan. Sebelum ini pihaknya telah bekerjasama dengan acara RXZ Members, Choi dan meraih pulangan berlipat ganda kepada syarikat.

Melalui kepimpinan Zameer, produk PETRONAS Sprinta pasti mendapat peluang pulangan jauh lebih tinggi dengan kehadiran strategik sebagai penaja utama Hakim Danish dan pasukannya di pentas Dunia. Difahamkan kata putus akan ditentukan seawal selepas pusingan pertama MotoGP di Buriram Thailand yang diadakan pada 28 Feb hingga 1 Mac.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related