Marc Marquez terpaksa tamatkan musim 2025 lebih awal

Juara Dunia MotoGP 2025, Marc Márquez mengesahkan bahawa beliau tidak akan kembali beraksi ke litar semula untuk menghabiskan saki baki musim 2025 kerana masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan bahu kanannya yang dialami di Indonesian Grand Prix.

Meskipun pelumba Ducati Ienovo itu tidak akan berlumba lagi untuk musim ini, Márquez turut menyatakan bahawa sambutan terhadap gelaran yang telah diraih masih belum berakhir.Beliau merancang untuk mendedahkan maklumat lanjut tidak lama lagi untuk peminatnya.

Tambahan itu, beliau akan hadir sebagai penonton di perlumbaan di Valencia untuk menyertai tradisi dan merasai suasana MotoGP sebelum tamat musim.

Sebelum ini, pelumba kelahiran Sepanyol itu mengalami kemalangan pada Pusingan 1 ketika bertembung dengan Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) di Lombok dan kemudian didapati tulangnya patah pada awal ujian proses korakoid serta kecederaan ligamen di bahu kanan.

Márquez telah menjalani pembedahan di Madrid untuk membaiki ligamen dan memastikan kestabilan bahu kanannya sebagai langkah pemulihan.Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, beliau dan pasukan secara rasmi mengesahkan bahawa beliau tidak akan kembali ke trek untuk baki musim ini termasuk ujian pasca musim di Valencia.Sasaran utama pelumba berusia 32 tahun itu adalah untuk kembali pada tahap kecerdasan terbaik untuk mengejar gelaran ke-lapannya musim depan.

Sepanjang musim 2025, Márquez menunjukkan prestasi yang mengagumkan sebelum kecederaannya, termasuk aksi di German Grand Prix (Sachsenring), pada penampilan ke-200 dalam GP kelas utama, Márquez menjuarai perlumbaan dalam situasi dramatik di mana hanya 10 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan.

Kemenangan ini juga menyaksikan beliau mengatasi Giacomo Agostini untuk menduduki tempat kedua dalam senarai pelumba dengan kemenangan terbanyak dalam sejarah kelas utama. Di litar Spielberg (Austria) pula, beliau mencatat kemenangan sulung beliau di litar tersebut sekaligus menjadikan itu kemenangan keenam berturut-turut untuk musim ini. Prestasi ini membuktikan penguasaan beliau di atas jentera Ducati dalam musim 2025.

Pada sesi kelayakan di Hungarian Grand Prix (Balaton Park), Márquez memecahkan rekod apabila meraih kedudukan pole di mana beliau mencatatkan rekod baru litar dan menunjukkan dominasi awal terhadap pesaing.

Prestasi-prestasi ini menyumbang kepada keunggulan Márquez dalam carta kejuaraan dan menegaskan bahawa sebelum kecederaan, beliau adalah antara pelumba paling dominan bagi musim ini.

Walaupun impian untuk melengkapkan musim ini dengan aksi penuh telah terpaksa ditangguh, langkah berhenti sebentar ini adalah untuk memastikan Márquez mampu kembali pada keadaan optimum bagi mengejar sasaran gelaran musim depan.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related