Ducati raih gelaran Constructors World Champion 16 hari lebih awal

Kemenangan Marc Marquez dalam ‘Sprint Race’ pusingan ke-15 MotoGP di Catalunya membolehkan pengeluar dari Bologna Itali itu membuat rekod peribadi bagi gelaran sebagai ‘Constructors World Champion’ 16 hari lebih awal berbanding musim 2024.

Untuk perbandingan, tahun 2024, Ducati disahkan sebagai Constructors World Champion pada 22 September 2024 di Grand Prix Pramac Emilia-Romagna, Misano melalui kemenangan Enea Bastianini dalam kelas premier MotoGP.

Ini merupakan gelaran Constructors World Champion yang ke-7 keseluruhan dan ke-6 berturut-turut untuk Ducati. Daripada 14 pusingan, Ducati memenangi 12 pusingan perlumbaan utama (main race) untuk kategori pengeluar bagi tahun 2025 selepas Honda memenangi perlumbaan di Le Man, French Grand Prix dan pasukan Aprilia di British Grand Prix.

Ducati merupakan pengeluar pertama yang memenangi kesemua 15 Sprint Race untuk musim 2025. Rekod cemerlang ini terhasil dari kemenangan adik beradik Marquez.

Menurut Pengurus Besar Ducati Course, Luigi Dall’Igna. Rekod kemenangan ini bukan sekadar angka tetapi antara faktor utama adalah pelumba ‘baru’ mereka, Marc Marquez yang menunjukkan tahap keyakinan pada jentera serta memberi segala yang ada dengan kurang melakukan kesalahan. Marc bukan mengambil sesuatu dengan mudah.

Saya sangat gembira dengan kemenangan keenam berutut turut bagi gelaran Pengeluar. Angka ini sangat menggunakan saya setiap tahun ke tahun. Marc telah mencapai tahap keyakinan sangat menganjurkan dengan jentera serta meningkat selepas perlumbaan. Untuk Pecco saya dan seluruh pasukan akan membantu beliau untuk kembali ke tahap sebenar sebagai juara.” – Luigi Dall’Igna

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related