Dari musuh tradisi ke gandingan harapan, Pecco dan Marquez galas misi besar

MotoGP 2025 menyaksikan kombinasi luar biasa di garaj Pasukan Ducati Lenovo dengan jumlah keseluruhan 11 gelaran dunia dimiliki oleh dua pelumba bintang mereka, Francesco Bagnaia dan Marc Marquez.

Dua nama besar ini kini berganding bahu dalam satu pasukan dengan misi merangkul gelaran ke-12 sebelum tirai musim dilabuhkan. Gabungan antara pengalaman dan kehebatan mereka dijangka bakal mencipta sejaruh baru untuk Ducati.

Sebagai pembuka tirai musim baharu, MotoGP telah mengeluarkan senarai momen-momen ikonik yang melibatkan kedua-dua pelumba ini dalam membuktikan status mereka selaku pelumba terbaik di atas litar.

Perlumbaan di Aragon pada tahun 2021 merupakan permulaan kepada saingan sengit antara kedua-dua pelumba itu dengan Bagnaia yang memburu kemenangan sulungnya di kelas premier. Pertarungan antara pelumba Ducati dan Honda pada ketika itu memukau peminat dengan aksi yang begitu sengit apabila masing-masing menunjukkan taring mereka yang tersendiri.

Kredit : MotoGP

Selepas menangkis serangan bertali arus dari Marquez, Bagnaia akhirnya berjaya mempertahankan kedudukannya daripada serangan bertali arus Marquez untuk mencipta sejarah kemenangan pertamanya dalam kelas premier. Kejayaan itu menjadi pemangkin kepada 22 kemenangannya setakat ini.

Musim lalu turut membawa dimensi baharu kepada persaingan mereka apabila Marquez membuat langkah mengejut dengan menyertai Ducati selepas sekian lama bersama Honda.

Di GP Portugal, ketegangan memuncak apabila kedua-dua pelumba terlibat dalam insiden perlanggaran di selekoh kelima, ketika bersaing merebut kedudukan dalam kelompok lima terbaik. Insiden itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat dan pemerhati MotoGP.

Pertembungan yang dinanti-nantikan akhirnya tiba di GP Jerez 2024. Marquez, yang tampil dengan semangat luar biasa di halaman sendiri apabila diberikan sokongan padu oleh penyokong tempatan. Cabaran sengit yang diberikan Marquez kepada Bagnaia bukan sahaja memperlihatkan kehebatan teknikal kedua-dua pelumba, tetapi juga menghadirkan sebuah persembahan yang dianggap antara yang terbaik dalam sejarah MotoGP.

Kredit : MotoGP

Musim 2024 juga dipenuhi aksi luar biasa, termasuk di Le Mans, yang menyaksikan kehadiran penonton paling ramai dalam sejarah. Perlumbaan itu menjadi pentas pertarungan tiga penjuru antara Jorge Martin (Prima Pramac Racing), Bagnaia, dan Marquez. Di pusingan terakhir, Marquez membuat gerakan agresif dengan memintas Bagnaia di selekoh terakhir, merampas kedudukan kedua. Aksi ini menambahkan lagi kepedasan dalam persaingan antara kedua-duanya.

Kini, dengan Marquez dan Bagnaia berada di bawah bendera yang sama, persaingan mereka bakal menambah warna baharu di atas litar. MotoGP 2025 dijangka menjadi musim yang mendebarkan, dengan kedua-dua pelumba ini yang mempunyai pengalaman, kehebatan, dan tekad untuk menambah lagi gelaran dunia ke dalam koleksi mereka.

MotoGP 2025 bakal membuka tirainya pada 28 Februari ini di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related