Aldeguer dikenakan penalti 8 saat kerana tekanan tayar

Pelumba muda dari pasukan BK8 Gresini Racing MotoGP, Fermin Aldeguer dikenakan penalti lapan saat selepas disiasat kerana melanggar peraturan tekanan tayar ketika perlumbaan Tissot Sprint, semalam.

Pengumuman itu dibuat secara langsung di penghujung perlumbaan, sebelum keputusan rasmi disahkan tidak lama kemudian.

Akibat penalti tersebut, Aldeguer yang pada awalnya menamatkan perlumbaan Sprint dalam kelompok tiga teratas, selepas berjaya melayakkan diri dari sesi kelayakan Q1 ke Q2 bersama Juara Sprint GP Sepang, Pecco Bagnaia.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila tayar jenteranya tidak mengikut peraturan yang ditetapkan sekaligus dikenakan penalti 8 saat. Kedudukan itu menolak beliau ke kedudukan tempat ketujuh,di belakang Marco Bezzecchi (Aprilia Racing).

Walaupun begitu, keputusan ini tidak menjejaskan statusnya sebagai Juara Rookie Terbaik musim ini, dengan pelumba muda Sepanyol itu masih mengekalkan kelebihan 113 mata mengatasi pencabar terdekatnya, Ai Ogura (Trackhouse Racing MotoGP).

Dengan keputusan tersebut, tuah nyata berpihak kepada Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) apabila beliau dinaikkan ke kedudukan podium dalam perlumbaan Sprint, susulan penalti yang dikenakan ke atas Fermin Aldeguer.

Sepanjang hujung minggu perlumbaan, Acosta tidak pernah berputus asa memberikan tentangan sengit kepada pelumba lain meskipun beberapa kali terjatuh dan berdepan detik sukar di atas litar. Namun, kali ini nasib menyebelahinya usaha dan ketabahan akhirnya dibalas dengan “pelangi” di penghujung perjuangan apabila beliau berjaya menamatkan aksi dengan keputusan podium yang amat bermakna.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related