Hakim Danish bermula petak ke-3 selepas cemerlang sesi kelayakkan di Grand Prix Jerman

Pemilik ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, sebelum ini berkongsi cabaran yang dijangka dihadapi Hakim Danish pada Grand Prix Jerman di Sachsenring berdasarkan prestasinya di litar tersebut musim lalu yang tidak begitu memberangsangkan. Namun begitu, Hakim Danish mempamerkan peningkatan positif apabila berjaya melayakkan diri secara automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas aksi cemerlang pada sesi Practice hari Jumaat, sebelum meraih petak ketiga dalam sesi kelayakan.

Dalam masa sama, Zulfahmi turut memaklumkan bahawa kehadirannya di GP Jerman bukan sekadar memberi sokongan kepada Hakim Danish, malah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perancangan dan hala tuju pelumba itu bagi musim 2027. Ketika ini, Hakim Danish masih bersama pasukan AEON Credit MT Helmets MSI.

Beliau turut menjelaskan bahawa Hakim Danish kini memiliki momentum yang positif dan perkara paling penting adalah mengekalkannya supaya terus kompetitif sepanjang musim. Sekiranya peluang untuk menaiki podium atau meraih kemenangan hadir, pasukan pastinya akan berusaha memanfaatkannya. Namun, keutamaan tetap diberikan kepada memastikan Hakim Danish kekal bersaing dalam kelompok hadapan.

Dari segi prestasi, Hakim Danish mencatat masa 1:26.295 dalam Free Practice 1 sebelum memperbaiki catatannya kepada 1:25.975 pada sesi Practice untuk menamatkan hari Jumaat di kedudukan ketujuh keseluruhan. Pada hari Sabtu, beliau merekodkan masa 1:26.580 dalam Free Practice 2 untuk berada di kedudukan ke-23, sebelum bangkit mempamerkan aksi cemerlang dalam sesi Kelayakan 2 (Q2) dengan catatan 1:24.909, sekali gus mengesahkan petak ketiga di grid perlumbaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related