Alex Marquez berjaya jalani pembedahan

Aksi Grand Prix Catalunya bertukar menjadi suram apabila Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) turut mengalami kemalangan ngeri pada perlumbaan Ahad, sebelum dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas menjalani penilaian perubatan, pelumba Sepanyol itu disahkan mengalami patah tulang selangka kanan serta retakan kecil pada vertebra C7 di lehernya.

Namun, keadaan menjadi lebih terkawal selepas beliau menjalani pembedahan pada malam Ahad untuk menstabilkan tulang selangka tersebut menggunakan plat besi.

Marquez kini berada dalam fasa pemulihan selepas prosedur itu disahkan berjaya, dan beliau dijangka dibenarkan keluar dari Hospital General de Catalunya sebelum meneruskan proses pemulihan di rumah.

Menurut laporan pasukan, pelumba yang juga Naib Juara Dunia 2025 itu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam fasa untuk pulih selepas insiden yang mengejutkan pihak ramai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related