Grand Prix Commission mengumumkan beberapa perubahan penting dalam peraturan selepas mesyuarat sepanjang Mac dan April 2026, termasuk keputusan besar yang akan memberi kesan kepada struktur perlumbaan pada masa hadapan.
Antara perubahan utama ialah larangan penggunaan pelumba wildcard dalam kelas MotoGP bermula musim 2027. Keputusan ini terpakai kepada semua pengeluar tanpa mengira kedudukan atau kelebihan konsesi yang dimiliki.
Selain itu, bagi musim 2026, pihak penganjur turut mengesahkan bahawa jentera baharu berkapasiti 850cc yang bakal diperkenalkan dalam era baharu MotoGP pada 2027 tidak dibenarkan menyertai perlumbaan sebagai wildcard.
Ini bermakna tiada pasukan akan menguji jentera generasi baharu tersebut dalam perlumbaan sebenar musim ini.
Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk memastikan peralihan teknikal ke era 850cc berlaku secara lebih tersusun dan adil, tanpa memberikan kelebihan awal kepada mana-mana pengeluar.
Dengan keputusan ini, peminat MotoGP perlu menunggu sehingga musim 2027 untuk menyaksikan kemunculan rasmi jentera generasi baharu di grid perlumbaan.
Sebelum ini, MotoGP turut mengumumkan perubahan penting terhadap prosedur “Start Delayed” menjelang Grand Prix Sepanyol di Jerez, selepas mendapat kelulusan daripada Grand Prix Commission pada bulan lalu.
Dimana ia merupakan kemas kini terhadap Artikel 1.18.18 yang sudah berkuat kuasa serta-merta pada April lalu di Jerez, dengan perubahan utama melibatkan kiraan semula masa sebelum pusingan pemanas (warm-up lap).
Baca juga:


