Musim 2026 bagi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix baru bermula namun menarik untuk kita lihat pada kali ini adalah kategori perdana CP150 dimana terdapat perubahan regulasi yang memberi cabaran baru dan menyerlahkan kemampuan sebenar jentera yang berbanding.
Mengikut menganjur, perubahan regulasi antara ditekankan pada kelas CP150. Modenas Z15GT dan Yamaha Y16ZR dibenar berlumba di CP150 namun bersyarat. Kami merujuk kepada artikel 2.1.1 Regulasi 2026 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, jentera yang bersaing dalam kategori CP150 perlu mengikut kapasiti enjin diantara 138cc hingga 150cc menggunakan 4-stroke.
Jentera Modenas Z15GT dan Yamaha Y16ZR dibenarkan berlumba namun tetapan tambahan yang dikenakan kepada jentera Yamaha Y16ZR adalah ‘maximum bore limited to 57 mm (150cc)’. Yamaha secara asal didatangkan dengan bore 58.
Dengan peraturan ini, apakah ia memberi kesan keseimbangan kepada pengeluar lain dalam siri perlumbaan Malaysian Cub Prix 2026 atau menampakkan potensi sebenar jentera dalam trek dan dijalanan. Sebanyak 27 pelumba yang didaftar bagi pusingan pertama dan 5 jenis jentera dari pasukan yang berbanding. Antaranya: Honda RS-X; Voge FR150;Yamaha Y15ZR; Yamaha Y16ZR & Modenas Z15GT.
Baca juga artikel berkaitan: https://tarmacsports.net/malaysian-cub-prix-umum-8-pusingan-perlumbaan-2026/


