‘Yamaha sudah hampir setanding Ducati’ – Quartararo

Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo, menyatakan kepuasan hatinya terhadap prestasi jentera YZR-M1 nya selepas mencatatkan masa persendirian terpantas ketika hari ketiga sesi ujian musim sejuk yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau berjaya mencatat masa 1:57.525 saat tahun lalu, dan musim ini beliau menunjukkan peningkatan ketara dalam lingkungan 0.801 saat selepas mencatat masa 1:56.724saat dan Quartararo menyifatkan pencapaian ini sebagai sesuatu yang membanggakan sepanjang sesi ujian.

“Ia merupakan keputusan yang cukup memberangsangkan jika dibandingkan dengan musim lalu. Pecco Bagnaia berjaya mencatat masa sekitar 56 hingga 55 saat, dan untuk tahun ini, kami boleh berpuas hati dengan pencapaian yang cemerlang,” kata Quartararo.

Walaupun terdapat peningkatan, Quartararo mengakui bahawa kelajuan Pecco Bagnaia, Marc Marquez, dan Alex Marquez jelas dalam kelas tersendiri dan beliau masih jauh jika dibandingkan dengan mereka.

“Dengan tayar baharu yang berprestasi baik sehingga mencapai 56 meter, tumpuan utama kami adalah pada kelajuan tiga pelumba ini yang merupakan antara yang terpantas di sini. Jurang perbezaan antara kami masih ketara, dan dalam keadaan ini, hanya satu pusingan sudah cukup untuk menggambarkan kelebihan mereka.

Quartararo juga mendedahkan bahawa dia sudah menjangkakan akan mencatat masa 1:56 saat sebelum melakukan serangan masa pertamanya dalam ujian ini.

“Saya dan Maio (Massimo Meregalli, Pengurus Pasukan Monster Energy Yamaha) pernah bergurau pada hari pertama kami tiba di sini bahawa saya akan mencapai masa itu. Setiap hari, kami semakin hampir, dan akhirnya, ia menjadi kenyataan hari ini.

Menurutnya, tahun lalu pasukan mereka menghadapi kesukaran dengan tayar baharu kerana tidak dapat menjangka catatan masa yang bakal diperoleh. Namun, selepas tiga hari ujian pada kali ini, hasilnya sangat memuaskan.

“Secara asasnya, motosikal ini jika dibandingkan dengan musim sebelum ini adalah masih sama, tetapi terdapat banyak perubahan dari segi elektronik yang mempengaruhi gaya tunggangan saya. Kami mempunyai beberapa ciri baharu, dan walaupun sukar untuk dilihat secara langsung, secara keseluruhannya, kami jauh lebih pantas berbanding tahun lalu,” jelasnya ketika mengulas perubahan jentera Yamaha musim ini.

Selain itu, Quartararo turut menekankan peningkatan kestabilan ketika memasuki selekoh dan mengubah arah. Namun, dia mengakui bahawa kelemahan utama mereka masih terletak pada aspek cengkaman.

“Inilah salah satu sebab mengapa sukar untuk melihat perbezaan ketara dengan jentera lain. Walau bagaimanapun, kami terus memperbaiki prestasi, dan saya rasa ini perkembangan yang baik, walaupun kami masih belum dapat bersaing dalam aksi memotong,” jelasnya.

Quartararo turut menyedari perbezaan ketara antara Yamaha dan Ducati dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, beliau percaya Yamaha sudah hampir setanding pasukan pengeluar terkuat itu menjelang musim MotoGP 2025 ini.

“Setiap tahun, dari 2022 hingga 2024, kami hanya mampu membuat satu langkah ke hadapan, sedangkan Ducati bergerak dua hingga tiga langkah lebih maju. Tetapi tahun ini, kami telah membuat kemajuan yang jauh lebih besar.

“Mereka juga terus meningkat, tetapi kali ini, kami semakin hampir dengan mereka.

Dengan perkembangan positif ini, Quartararo yakin bahawa Yamaha sedang menuju ke arah yang lebih kompetitif menjelang musim baharu. Namun, cabaran sebenar bakal menanti mereka dalam aksi pembukaan yang dijadualkan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand tidak lama lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related