20 Janurai 2025, Kuala Terengganu – Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) 2025 telah memperkenalkan pasukan mereka bagi mengukuhkan kedudukan selaku Juara UCI Asia Tour yang diraih untuk enam kali berturut-turut.
Perasmian yang dihadiri oleh Exco Sukan Terengganu, YB Us Haji Hishammudin Abdul Karim serta beberapa jemputan lain menandakan pasukan ini melangkah lebih jitu dalam misi yang lebih besar dengan membawa masuk beberapa pelumba yang pernah bersama pasukan World Tour seperti Vadim Denisovich.
Untuk tahun ini TSG masih menggunakan basikal ‘prototype’ jenama Polygon yang ditambah baik dari musim sebelum ini. Lebih menyakinkan TSG Berjaya mendapatkan penajaan dari 22 pihak dalam dan luar negara dengan keseluruhan jumlah penajaan bernilai RM9.519 juta termasuk dalam bentuk wang tunai dan peralatan.
Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) pada 2024 diklasifikasikan sebagai pasukan yang cukup berjaya. Untuk rekod TSG berada pada kedudukan pertama dalam ranking UCI Asia Tour dari 46 pasukan. Pertama bagi ranking UCI Continental Team dari 178 pasukan dan ke-30 dalam UCI World Ranking daripada 213 pasukan.
Berikut adalah butiran pencapaian pasukan TSG sepanjang musim 2024.
1. Juara UCI Asia Tour buat kali ke-6 bermula 2012 diikuti tahun-tahun berikut 2019, 2021, 2022, 2023 dan 2024.
2. Pasukan Benua Terbaik Dunia Jelajah UCI buat kali ke-3 bermula 2019,2023 dan 2024 dengan mengenepikan 178 pasukan lain.
3. Mencipta sejarah baru dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah UCI, apabila pelumba Merhawi Kudus berjaya menduduki tempat ke-2 dalam perlumbaan Presidential Cycling Tour of Turkiye bertaraf (2 Pro UCI).
4. Pada musim 2024, sekali lagi pasukan TSG berjaya mempertahankan jersi juara kebangsaan melalui pelumba kelahiran Terengganu iaitu Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.
5. Pelumba TSG kelahiran Eritrea berjaya menjadi Juara Keseluruhan Individu dalam perlumbaan Tour of Banyuwangi Ijen, Indonesia.
6. Pasukan TSG berjaya menjuarai 2 peringkat dalam perlumbaan Tour de Algeria bertaraf (2.2 UCI Africa Tour) melalui pelumba Youcef Reguigui.
7. Pelumba tempatan Muhamad Nur Aiman Rosli berjaya memenangi peringkat ke-2 Tour of Thailand bertaraf (2.1 UCI Asia Tour) apabila tiba di garisan penamat secara solo.
Bagi fasa 1 2025, TSG dijadualkan memulakan jelajah mereka pada 24-28 Januari di UAE dalam Tour of Sharjah (2.2) dan Saudi Arabia pada 28 Januari hingga 1 Februari dalam AlUla Tour (2.1) setelah selesai jalani Training Camp 1 pada 4 hingga 16 Januari 2025.

Ini senarai pelumba tempatan baru musim 2025:
1. Muhammad Haizam bin Mohd Shabri – TSG Cycling Academy (Malaysia)
Manakala ini 4 pelumba import baru musim 2025:
1. Adne Willemjan Van Engelen – Netherlands
2. Vadim Denisovich Pronskiy – Kazakhstan
3. Mathias Bjorn Bregnhoj – Denmark
4. Stefan Jaco De Bod – Republic of South Africa
Sebelum ini beberapa wakil dari TSG turut hadir dalam sesi podcast bersama Wheel Talk by Tarmac Sports termasuk Exco Sukan Terengganu, YB Us Haji Hishammudin Abdul Karim, COO, Nasiruddin Bin Wan Idrus (Che Din) dan pelumba Hariff Saleh yang akan disiarakan di YouTube.
Ini senarai pelumba elit bagi musim 2025:
1. Nur Amirull Fakhruddin Bin Mazuki – Malaysia
2. Mohd Harrif Bin Saleh – Malaysia
3. Wan Abdul Rahman Bin Hamdan – Malaysia
4. Mohamad Nur Aiman Bin Mohd Zariff – Malaysia
5. Zuladri Amin Bin Zulkurnain – Malaysia
6. Muhammad Shahmir Aiman Bin Abd Halim – Malaysia
7. Kee Zhe Yie – Malaysia
8. Muhammad Nur Aiman Bin Rosli – Malaysia
9. Muhammad Haizam Bin Mohd Shabri – Malaysia
10. Metkel Eyob Tewedeberhan – Eritrea
11. Anatolii Budiak – Ukraine
12. Aiman Cahyadi – Indonesia
13. Adne Willemjan Van Engelen – Netherlands
14. Vadim Denisovich Pronskiy – Kazakhstan
15. Mathias Bjorn Bregnhoj – Denmark
16. Stefan Jaco De Bod – Republic of South Africa