TSG perkenal 15 pelumba elit musim 2026

Kuala Terengganu, 15 Januari – Terengganu Pro-Asia Cycling Team memperkenalkan barisan pelumba bagi musim 2026 pada hari ini selari dengan sambutan penubuhan pasukan ke-15 tahun. Dalam majlis yang dirasmikan oleh YB Haji Hishammuddin Bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu turut sama diperkenalkan pasukan Akademi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TSG, YM Che Ku Mohd Izmuddin Bin Che Ku Mahmood, mereka menyasarkan untuk kembali merampas kedudukan nombor satu Asia dengan mengumpul mata semaksimum mungkin dalam setiap acara bagi mengukuhkan lagi kedudukan pasukan di Asia.

TSG dilihat terus akan mengembangkan kedudukan dan pengurusan mereka selepas dikurnia sebidang tanah oleh kerajaan tanah negeri Terengganu yang terletak di Bandar Baharu Al Watiqubillah, Kuala Nerus bagi tujuan kompleks pentadbiran Terengganu Pro-Asia Cycling Team. Terengganu juga digelar ‘Land of Cyclist‘ dan Sukan berbasikal merupakan sukan teras di Terengganu.

Melalui pembangunan pasukan, TSG turut memanfaatkan sepenuhnya kepakaran universiti tempatan seperti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah bermula sejak 2018. Manakala dengan Universiti Sultan Zainal Abiding (Unisza) ia baru bermula pada tahun 2025 sehingga 2030. Menurut CEO, ini bukan sekadar memenuhi keperluan perlumbaan semata-mata tetapi mereka telah memperluaskan skop serta peranan bagi memastikan kesimbungan pasukan dalam arena ini.

Dalam majlis yang sama, Hariff Saleh turut diberi penghargaan sebuah basikal Polygon dengan corak warna emas hitam oleh TSG dengan usaha dan pencapaian beliau sepanjang bersama pasukan. Hariff menamatkan kerjaya sebagai pelumba professional bersama pasukan TSG pada 2025. Dalam acara simbolik itu, Hariff turut diberi penghormatan ‘Ride of Honour’ dihadapan pelumba pelumba TSG.

Senarai Pasukan Elite TSG:

1. Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (Kapten)
2. Nur Aiman Rosli
3. Kee Zhe Yie
4. Wan Abdul Rahman Hamdan
5. Haizam Shabri
6. Shahmir Aiman Abd Halim
7. Nur Aiman Zariff
8. Qayyim Anuwai
9. Adne Van Engelen (Belanda)
10. Vadim Pronskiy (Kazakhstan)
11. Juan Pe Lozano (Sepanyol)
12. Pierre Barbier (Perancis)
13. Zeb Kyffin (United Kingdom)
14. Mathias Bregnhoj (Denmark)
15. Fergus Browing (Australia)

Senarai Pasukan Akademi TSG:

1. Zul Fahmi Aiman Zulkurnain
2. Afi Danial Ramli
3. Farihin Tarmizi
4. Danish Mazlan
5. Izz Zikry Sophean
6. Syed Absyar Syed Hussaini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related