Shell Malaysia tawar hadiah RM1.35 juta sempena ulang tahun ke-135 kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – Shell Malaysia meraikan ulang tahun ke-135 tahun ini dengan memperbaharui komitmen untuk terus menghargai rakyat Malaysia menerusi pelbagai tawaran bernilai di bawah kempen Mencetus Potensi Sejati. Bersempena detik bersejarah ini, Shell memperkenalkan peraduan peringkat nasional dengan ganjaran keseluruhan bernilai RM1.35 juta, direka khas untuk memperkayakan perjalanan harian pelanggan.

Bermula sebagai pedagang minyak tanah, Shell Malaysia kini berkembang menjadi penyedia penyelesaian mobiliti yang menyeluruh, menawarkan lebih daripada sekadar bahan api. Inovasi berterusan seperti Shell FuelSave membantu pemandu bergerak lebih jauh dengan setiap isian, manakala Shell V-Power membawa teknologi dan prestasi bertaraf perlumbaan hasil kerjasama inovasi jangka panjang bersama Scuderia Ferrari HP, terus ke jalan raya Malaysia.

Shell juga terus menyokong peralihan ke arah mobiliti masa hadapan dengan memperluaskan rangkaian pengecas kenderaan elektrik berprestasi tinggi melalui Shell Recharge, selari dengan pertumbuhan komuniti EV di negara ini. Pada masa yang sama, pelincir Shell kekal menjadi pilihan jutaan pengguna di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai Pembekal Pelincir Global No.1 dunia selama 19 tahun berturut-turut.

Selain inovasi mobiliti, Shell Malaysia turut mempertingkat pengalaman pelanggan di stesen menerusi Shell Select dan Shell Café. Pelanggan boleh menikmati kopi bergaya barista, pastri segar serta pelbagai pilihan makanan, minuman dan keperluan harian yang memenuhi gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.

Sempena ulang tahun ke-135 ini, Shell Select bakal memperkenalkan rangkaian tawaran nilai terbaik baharu di seluruh rangkaiannya. Antara sorotan utama ialah kempen Shell Select Ganjaran water2go Berjuta, yang menawarkan pengalaman “buka & menang” kepada pelanggan.

Berlangsung dari 16 Mac hingga 10 Mei 2026, kempen ini memberi peluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM135,000, hadiah saguhati sehingga RM13,500, serta pelbagai ganjaran eksklusif lain. Pemenang akan dipilih secara mingguan dan bulanan, memberikan lebih banyak peluang menang dengan setiap pembelian botol Water2Go.

Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, Seow Lee Ming berkata,

“Ulang tahun ini bukan sekadar menandakan sejauh mana perjalanan Shell di Malaysia, tetapi juga memperkukuh komitmen kami untuk terus maju bersama pelanggan dan komuniti. Mencetus Potensi Sejati mencerminkan usaha berterusan Shell dalam menawarkan nilai sebenar, kemudahan dan pengalaman yang membantu rakyat Malaysia menikmati lebih manfaat dalam setiap perjalanan, hari ini dan pada masa hadapan.”

Selepas 135 tahun berkhidmat di Malaysia, Shell kekal komited untuk terus berinovasi, memperluaskan penawaran serta meningkatkan pengalaman pelanggan demi menyokong perjalanan yang lebih baik dan membina hubungan yang berkekalan dengan komuniti di seluruh negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related