Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang kembali menjadi tumpuan dunia apabila PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025. Ribuan peminat MotoGP dijangka membanjiri Sepang untuk menyaksikan pelumba-pelumba terbaik dunia beraksi dalam perlumbaan penuh intensiti dan adrenalin.
Dalam semangat perlumbaan yang semakin membara, Red Bull Malaysia berkerjasama dengan KFC dan Pizza Hut untuk menganjurkan satu peraduan eksklusif yang memberi peluang kepada peminat MotoGP untuk merasai sendiri pengalaman perlumbaan dari belakang tabir.
“Play Your Way to the Track” – Peraduan Rasmi Red Bull x KFC x Pizza Hut
Peraduan ini berlangsung dari 23 September hingga 18 Oktober 2025 dan menawarkan ganjaran yang cukup luar biasa:
- Tiket Main Grandstand MalaysianGP 2025
- Pengalaman minggu perlumbaan bersama pasukan Red Bull KTM
- Akses Eksklusif ke Kawasan Hospitaliti Red Bull
- Barangan rasmi Red Bull KTM
Hadiah Utama: The Ultimate Race Weekend Experience

Pemenang bertuah akan menikmati pengalaman yang jarang ditawarkan kepada orang awam:
- Lawatan ke garaj Red Bull KTM untuk melihat sendiri bagaimana jentera MotoGP disiapkan sebelum perlumbaan
- Akses eksklusif ke paddock
- Barangan rasmi Red Bull KTM sebagai kenangan perlumbaan
Cara Penyertaan

Langkah-langkah penyertaan adalah mudah dan terbuka kepada semua pelanggan KFC dan Pizza Hut:
1. Buat Pembelian Combo Khas
- Di KFC: Fuel Up Combo atau Turbo Combo yang disertakan dengan minuman Red Bull
- Di Pizza Hut: Pesanan bernilai minimum RM20 dan tambah Red Bull sebagai minuman
2. Imbas Kod QR
Kod QR boleh didapati di poster promosi, resit pembelian atau platform digital yang berkaitan
3. Jawab Kuiz Red Bull Quiz Stop
Layari laman rasmi Red Bull Quiz Stop dan jawab kuiz pantas yang disediakan. Boleh klik di sini! Red Bull Quiz Stop
4. Hantar Penyertaan
Lengkapkan borang penyertaan dengan maklumat peribadi dan gambar resit pembelian
Nota Penting
- Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan resit pembelian yang sah
- Simpan resit pembelian anda bagi bukti
- Pemenang akan dimaklumkan melalui emel selepas tarikh tutup peraduan

Debaran Sepang semakin terasa. Bunyi enjin, dan sorakan peminat bakal menghidupkan suasana perlumbaan yang penuh semangat. Dengan hanya satu combo KFC atau Pizza Hut dan satu tin Red Bull, anda mungkin menjadi antara yang bertuah untuk menyaksikan dunia MotoGP dari sudut yang paling eksklusif.
Jumpa di Sepang!


