Peringkat pertama PETRONAS le tour de Langkawi 2025 bermula di Pulau Langkawi dengan jarak keseluruhan 96.7km dalam cuaca basah sebelah pagi dan penamat perlumbaan dalam cuaca cerah.

Perlumbaan bermula dari pekan Kuah melalui zon pecutan 1 (S1) Harbour Park di kilometer 32.1, zon pecutan kedua di (S2) Bayas di kilometer 58, dan zon pecutan ketiga (S3) di Padang Maksirat kilometer 67 sebelum menuju ke satu satunya zon pendakian (Cat 4) Bukti Malut di kilometer 83.3
Terdapat beberapa pergerakan pemecahan menuju ketiga-tiga zon pecutan sehingga kilometer 67 dan Aiman Rosli dari Terengganu Cycling Team mencuri tumpuan apabila mengutip mata bagi setiap zon pecutan yang ditawarkan.
Ben Carman dari pasukan St George Continental Cycling Team berjaya melepasi zon pecutan lebih awal dengan 2 mata sebelum menuju ke 15 kilometer penamat diikuti oleh Syawal Mazlin dari pasukan Malaysia Pro Cycling Team (MPC) dengan mengutip satu mata berharga.
Kumpulan peloton berjaya merapatkan jarak dengan pelumba hadapan selepas zon pendakian bagi mencari posisi terbaik sebelum menamatkan peringkat pertama di pekan Kuah, Langkawi.
Anton Kuzmin dari pasukan XDS Astana Team berjaya membuka peluang dan ruang yang cukup kepada rakan sepasukan, Matteo Malucelli di kilometer akhir untuk memenangi perlumbaan peringkat pertama manakala Erland Blikra (Uno-X Mobility) ditempat kedua dan Arvid De Kleijn (Tudor Pro Cycling Team) ketiga.

Ini kedudukan keseluruhan selepas peringkat pertama:
Terbaik Keseluruhan Klasifikasi Individu (Jersi Hijau PETRONAS):
1. Matteo Malucelli (XDS Astana Team)
2. Nur Aiman Rosli (Terengganu Cycling Team)
3. Erland Blikra (Uno-X Mobility)
Terbaik Pecutan (Jersi Oren KBS):
1. Matteo Malucelli (XDS Astana Team)
2. Erland Blikra (Uno-X Mobility)
3. Arvid De Kleijn (Tudor Pro Cycling Team)
Terbaik Raja Bukit – KOM (Jersi Polka Dot Bubbles):
1. Ben Carman (St George Continental Cycling Team)
2. Syawal Mazlin (Malaysia Pro Cycling Team)
Terbaik Asian (Jersi Rakan Muda):
1. Nur Aiman Rosli (Terengganu Cycling Team)
2. George Matsui (Aisan Racing Team)
3. Harrif Saleh (Terengganu Cycling Team)
Bagi peringkat ke-2 esok dari Padang Besar ke Kepala Batas hanya menawarkan empat zon pecutan dengan laluan keseluruhan sejauh 166.1km landai.
