Bagi pasukan WorldTeam dari Kazakhstan, XDS Astana Team bakal hadir dengan dua pakar pecut yang sudah mencipta nama dalam edisi PETRONAS Le Tour de Langkawi musim lepas. Namun sedikit berbeza dengan perancangan pasukan apabila meletakkan dua pelumba pecut yang mahir di LTdL.
Mengikut pasukan Astana, kedudukan Gleb Syritsa hanya berada dalam skuad pembangunan dan Malucelli berada dalam pasukan utama mereka selepas perpindahan Matteo Malucelli dari pasukan JCL Team Ukyo. Semestinya keutamaan diletakkan pada Malucelli yang akan berhadapan dengan pakar pecut lain seperti Picnic Post.
Malucelli tahun lepas dalam LTdL memenangi tiga peringkat perlumbaan iaitu Peringkat ke-2, ke-7 dan ke-8 sekali gus mendapat beberapa kelebihan mata bonus untuk muncul pungutan mata tertinggi dalam kategori Jersi Oren (Raja Pecut).
Prestasi semasa pelumba dari Itali itu pada tahun ini agak baik selepas memenangi beberapa peringkat Tour of Turkey (peringkat ke-8) dan Tour of Hainan (peringkat pertama). Selain kedudukan 10 terbaik dalam Trofeo Palma dan Trofeo Ses Salines. Namun prestasi Gleb pada tahun ini hanya sekali sekali kemenangan dalam Prologue International Tour of Rhodes.

Namun strategi Astana Team masih dianggap bahaya kepada pasukan lain jika kedua-dua mereka dihantar untuk bersaing sesama sendiri dalam 6 peringkat landai daripada keseluruhan 8 peringkat yang dianjurkan oleh LTdL musim ini.
Ketua Pegawai Operasi Sekretariat PLTdl25, Emir Abdul Jalal berkata, pihaknya tidak terkejut dengan strategi pasukan itu, lebih-lebih lagi dengan adanya enam peringkat yang dianggap landai dan memberi kelebihan kepada pasukan yang mengandungi pakar pecut.
“Berdasarkan laluan tahun ini, ada enam peringkat yang kami jangka bakalberakhir dengan pecutan beramai-ramai di garisan penamat, dan pasukan yangmemiliki beberapa pakar pecut pasti mahu mengumpul kemenangan peringkatdan dengan kehadiran Malucelli dan Syritsa, Astana tampak ada sedikit kelebihan.
“Ia juga mungkin sebahagian daripada strategi pasukan itu untuk mengimbangi kehadiran pakar pecut pasukan lain seperti pelumba dari Tudor Cycling, Alberto Dainese dan Fabio Jakobsen (Team Picnic PostNL) yang masing-masing memiliki reputasi hebat dengan kemenangan di Giro d’Italia dan Vuelta a Espana,” kata Emir dalam satu kenyataan media, hari ini.
Empat pelumba lain dalam senarai awal Astana adalah Aaron Gate, Anton Kuzmin, Nicolas Vinokurov dan Lev Gonov.