LTdL 2025 umum peringkat perlumbaan melibatkan negeri semenanjung

Putrajaya, 27 Februari – PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 secara rasmi telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan fokus utama terarah kepada laluan perlumbaan bagi tahun 2025 dengan jumlah keseluruhan 1257.8km bermula dari 28 September hingga 5 Oktober 2025.

Bagi tahun ini penganjuran LTdL berjaya meletakkan kesemua 12 negeri di Semenanjung dalam kalendar LTdL bermula dari utara dan berakhir di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Laluan paling panjang bagi tahun ini adalah di laluan peringkat ke-7 dari Melaka ke Medini dengan jarak kayuhan 214.6km.

Dengan mengekalkan tema ‘Beat The Heat’, peringkat pertama bermula di Langkawi dengan jumlah jarak 96.5km. Peringkat ke-2 agak menarik apabila kayuhan bermula di sempadan Padang Besar, Perlis menuju ke Kepala Batas, Kedah dengan jarak 170.1km.

Untuk peringkat ke-3 perlumbaan bermula dari Gerik, Perak menuju ke Pasir Puteh, Kelantan dengan jumlah 198.2km dengan beberapa zon pendakian di Sri Banding dan Puncak Titiwangsa. Seterusnya dengan laluan 140.8km dari Kuala Terengganu ke Kemaman bagi peringkat ke-4.

Melalui negeri Pahang, peringkat ke-5 perlumbaan bermula dari Temerloh menuju zon pendakian di Fraser’s Hill dengan jarak 133.7km. Bagi edisi kali ini seperti tahun lepas, Genting Highland tidak dipilih kerana penilaian dari UCI, perlumbaan di kawasan ini berisiko.

Peringkat ke-6, bermula dari Shah Alam ke Port Dickson dengan jarak 123.4km. Seterusnya laluan menuju ke selatan bermula dari Melaka ke Medini dengan jarak kayuhan paling jauh dalam edisi kali ini dengan 214.6km bagi peringkat ke-7.

Laluan peringkat terkakhir akan disambut di ibu negara Kuala Lumpur yang bermula dari Tangkak dengan 180.5km.



Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related