Holgado raih kemenangan pertama

Daniel Holgado (CFMOTO Impulse Aspar Team) melakar sejarah peribadi apabila menjuarai perlumbaan Moto2, Grand Prix Catalunya dengan dominasi penuh sepanjang perlumbaan.

Perlumbaan yang berlangsung pada petang Ahad itu menyaksikan Holgado bermula dari petak pertama, mendahului setiap pusingan, dan menamatkan perlumbaan tanpa sebarang saingan diberikan. Kemenangan ini juga menjadikannya pelumba kesembilan yang memenangi perlumbaan Moto2 bagi musim 2025 ini, sekaligus mengukuhkan lagi reputasinya selaku antara pelumba muda berbakat besar.

Holgado mempamerkan permulaan sempurna apabila merampas holeshot sejak pusingan 1, meninggalkan Jake Dixon (ELF Marc VDS Racing Team) di tempat kedua dan pelumba pengganti, Daniel Muñoz (Red Bull KTM Ajo) di tempat ketiga.

Bagaimanapun, drama awal berlaku apabila Filip Salac (ELF Marc VDS) terbabas ke kawasan gravel manakala, Ayumu Sasaki (RW-Idrofoglia Racing GP) pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal terlebih awal selepas terjatuh di selekoh empat.

https://twitter.com/MotoGP/status/1964636078658191715

Pada pusingan ke- 6, Munoz menyerlah apabila memintas Dixon untuk menduduki Petak 2(P2), menunjukkan aksi luar biasa sebagai pelumba gantian. Namun, Dixon tidak mudah mengalah dan bangkit semula di penghujung perlumbaan.

Pada dua pusingan terakhir, pelumba Britain itu berjaya merampas kembali tempat kedua di selekoh pertama, sekali gus menafikan peluang Muñoz menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.

https://twitter.com/MotoGP/status/1964637519393268016

Sementara itu, Manuel Gonzalez (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) terus mempertahankan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan meskipun berdepan cabaran getir di Catalunya. Pelumba Sepanyol itu menamatkan perlumbaan di tempat keempat, menambah kelebihan mata kepada 38 selepas pesaing terdekatnya gagal meraih keputusan baik.

Izan Guevara (BLU CRU Pramac Yamaha Moto2) pula mengekori rapat di tempat kelima, menyamai pencapaian terbaik musim ini.

Berikut merupakan senarai 10 Pelumba teratas GP Catalunya:

  1. Daniel Holgado (CFMOTO Aspar)
  2. Jake Dixon (ELF Marc VDS Racing)
  3. Daniel Muñoz (Red Bull KTM Ajo)
  4. Manuel Gonzalez (Dynavolt Intact GP)
  5. Izan Guevara (BLU CRU Pramac Yamaha)
  6. Celestino Vietti (Beta Tools SpeedRS)
  7. Alonso Lopez (Beta Tools SpeedRS)
  8. David Alonso (CFMOTO Aspar)
  9. Collin Veijer (Red Bull KTM Ajo)
  10. Barry Baltus (Fantic Racing Lino Sonego)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related