Ai Ogura terlepas aksi GP British

Pelumba pasukan Trackhouse MotoGP, Ai Ogura, telah disahkan tidak cergas untuk meneruskan aksi di Grand Prix British Tissot susulan insiden kemalangan pada Jumaat di selekoh kedua Litar Silverstone.

Menurut pengesahan daripada pasukan Trackhouse sebelum sesi latihan 2 (Free Practise 2) MotoGP pagi Sabtu waktu tempatan, Ogura dipercayai mengalami keretakan pada bahagian atas tulang tibia kanan.

Pelumba rookie dari Jepun itu tidak akan menyertai sebarang sesi pada Sabtu dan Ahad, dan akan pulang ke Barcelona untuk pemeriksaan lanjut.

Pengurus pasukan, Davide Brivio, dalam satu temubual bersama motogp.com berkata:

“Kami tunggu hari ini untuk melihat jika keadaannya bertambah baik, tetapi ketika dia bangun pagi tadi, keadannya menjadi semakin teruk. Jadi kami kembali ke pusat perubatan dan mereka menemui sesuatu pada lutut kanannya, mungkin melibatkan ligamen.

“Akhirnya mereka putuskan untuk lakukan MRI bagi siasatan lebih lanjut. Dia akan pulang ke Barcelona dan berkemungkinan pada pagi Isnin, kami akan berjumpa Dr. Charte untuk pemeriksaan lanjut dan tentukan langkah seterusnya. Apa pun, dia memang tidak akan berlumba hujung minggu ini,” jelasnya lagi.

Brivio turut menyentuh kemungkinan Ogura kembali beraksi pada pusingan seterusnya di Aragon dalam tempoh kurang dua minggu.

“Masih terlalu awal untuk kami pastikan. Isnin atau Selasa nanti kami akan tahu dengan lebih jelas. Lagipun, kami tiada pelumba simpanan, jadi kami harap dia dapat kembali secepat mungkin. Sayang sekali kerana ini mengganggu proses pembelajarannya sebagai rookie. Saya rasa kemalangan itu turut dipengaruhi oleh suhu litar yang agak sejuk semalam.

Dengan ini, Trackhouse akan beraksi tanpa pelumba tambahan sepanjang baki perlumbaan hujung minggu di Silverstone.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related